31.3 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Mas Idayu tuju saham akhirat

Meskipun jadualnya padat, Mas Idayu, 50, memutuskan untuk perlahankan aktiviti seninya sempena Ramadan ini dan memberi tumpuan lebih kepada aktiviti beramal.

Mas Idayu berkata, dia juga terpaksa tolak beberapa tawaran drama episod kerana ingin manfaatkan sebaiknya bulan Ramadan dengan menyertai pelbagai program amal.

“Insya-Allah pada bulan Ramadan seperti tahun-tahun sudah, saya selalu mohon kepada rakan-rakan yang buat program amal untuk saya turut serta. Saya nak buat untuk saham akhirat.

“Saya sendiri sedarkan diri untuk perlahan aktiviti seni meskipun ada projek yang sebenarnya belum selesai. Kalau ikutkan, sampai hujung tahun pun jadual saya cukup padat.

“Tapi, untuk penggambaran drama episod memang saya tolak kerana saya bekerja sendiri. Untuk yang penggambarannya pendek tetap saya buat, namun sebolehnya memang nak fokus lebih pada program amal,” katanya.

Untuk tahun ini, Mas Idayu turut serta dalam projek Infaq Ramadan kerjasama rakan artisnya Putra Amaris dengan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak).

Menurutnya, dia sedia memberi komitmen sebaik mungkin meskipun dalam pada masa sama perlu memenuhi tawaran program lain termasuk aktiviti seni.

“Ramadan ini setahun sekali saja. Saya pun memang sudah terlalu banyak penuhi tawaran seni sejak Januari lalu sampai sekarang. Tuhan nak uji saya untuk buat ini.

“Untuk program macam ini (Infaq Ramadan), ada yang saya buat juga tapi tak nak uar-uarkan. Sebaiknya yang saya lakukan sendiri, biarlah dibuat secara diam-diam,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 25, 2022 7:04 am

Latest Articles

Skip to toolbar