21.2 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Maria Chin dihukum penjara 7 hari kerana menghina mahkamah

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, atas tindakan menghina keputusan mahkamah berhubung hukuman penjara terhadap bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan hukuman penjara itu bermula hari ini selepas meneliti dan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan sementara rayuan dibuat.

Pada September 2019, peguam SM Faisal membawa kes itu ke mahkamah syariah untuk memulakan prosiding penghinaan.

Emilia, 42, dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Syariah kerana menjadualkan semula tarikh lawatan untuk anak-anaknya bersama bapa mereka.

Emilia dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Hukuman dijatuhkan terhadap Emilia itu menyebabkan Maria pada 5 September 2019 mengeluarkan kenyataan wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia, yang disiarkan sebuah portal.

Sumber : Harian Metro / KiniTV

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar