23.1 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Manfaat masa jual pelita buluh buatan sendiri

Kuala Terengganu: Jika individu lain mengambil peluang menjual makanan di bazar Ramadan, tetapi berlainan pula bagi dua lelaki ini yang menjual pelita buluh buatan sendiri sejak 1 Ramadan lalu.

Walaupun masih awal, ternyata inisiatif Azroy Nizam Zaberi, 33, dan abang iparnya, Mohd Fakri Abd Jalil, 38, berbaloi apabila pelita buluh buatan mereka mendapat permintaan baik.

Azroy berkata, dia mendapat idea membuat dan menjual pelita buluh itu selepas berkunjung ke Pesta Pelita Terengganu pada Ramadan tahun lalu.

“Saya nak pasang pelita buluh di rumah, tetapi tiada siapa yang menjualnya dan ia seterusnya memberi idea sehingga terdorong membuatnya sendiri.

“Menyedari tiada lagi orang yang menjual pelita buluh menyebabkan saya dan abang ipar melihat ia satu peluang seterusnya belajar membuat pelita buluh itu melalui Youtube.

“Oleh itu, pada Ramadan tahun ini saya bersama abang ipar sepakat untuk membuat dan menjual pelita buluh itu sebagai sumber rezeki,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Ibai, di sini, semalam.

Katanya, dia mempromosikan pelita buluhnya di media sosial dan tidak menyangka mendapat tempahan terawal dari Pahang.

“Sehingga kini kami sudah menerima lebih 100 tempahan, manakala 40 set pelita sudah terjual di sekitar daerah ini.

“Kami mencari buluh minyak dan tumpat seawal 7 pagi dan menyiapkan tempahan bermula 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fakri berkata, saat paling mencabar membuat pelita buluh ialah ketika proses mencari dan menebang buluh liar di hutan.

“Memang letih untuk mengambil buluh di hutan, tetapi apabila pelita terjual segala rasa letih itu hilang dan rasa puas.

“Kami ingin menghidupkan semula tradisi memasang pelita buluh seperti ketika zaman kanak-kanak,” katanya.

Sumber : Harian Metro / Berita Harian Online

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 3:50 pm

Latest Articles

Skip to toolbar