22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Manchester United Ditewaskan Oleh Everton

Kekalahan itu menyaksikan United berada di tangga ketujuh apabila kekal mengumpul 51 mata – tiga mata dibezakan dengan Tottenham Hotspur yang menduduki tangga keempat.

Bagaimanapun, Spurs berpeluang mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keempat dan menjarakkan diri daripada United sekiranya berjaya menewaskan Aston Villa tengah malam nanti.

Untuk rekod, United kini hanya mampu meraih satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir sekali gus menyebabkan mereka semakin terdesak menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik musim ini.

Bagi Everton pula, kemenangan itu pasti melegakan tatkala mereka sedang berusaha untuk mengelakkan diri daripada menghuni zon penyingkiran.

Everton harus berterima kasih kepada pemain muda, Anthony Gordon yang meledak gol kemenangan apabila bola percubaannya terbias kapten United, Harry Maguire sebelum menerjah jaring pada minit ke-27.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford pula menjadi watak penyelamat apabila menafikan dua percubaan daripada Marcus Rashford selain mereka turut berjaya menghalang percubaan Cristiano Ronaldo pada hujung permainan.

Sumber : Sinar Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 8:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar