22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Malaysia lepasi sasaran dagangan, pelaburan Ekspo 2020 Dubai

Malaysia melebihi sasaran

potensi nilai perdagangan, pelaburan dan ‘business leads’ (petunjuk peluang perniagaan) berjumlah RM70 bilion bagi 26 program mingguan di Ekspo 2020 Dubai, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ia diperoleh melalui 131 Memorandum Persefahaman (MoU) atau Perjanjian Perkongsian dan pertanyaan perniagaan membabitkan 4,558 mesyuarat, termasuk potensi padanan perniagaan.

“Sukacita juga saya umumkan satu lagi pencapaian membanggakan Pavilion

Malaysia sejak bermulanya penganjuran Ekspo 2020 Dubai sehingga semalam, Pavilion Malaysia menerima 1.1 juta

pengunjung. Syabas diucapkan.

“Untuk makluman, sebelum penyertaan di ekspo, Malaysia menetapkan sasaran untuk mencapai antara RM8 bilion hingga RM10 bilion bagi potensi peluang perdagangan dan pelaburan sepanjang enam bulan ini berasaskan pencapaian Malaysia di Ekspo Astana, Kazakhstan pada 2017,” katanya dalam ucaptama pada Majlis Apresiasi Ekspo 2020 Dubai, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, sebanyak 452 syarikat dari Malaysia turut hadir untuk menyertai program perdagangan dan perniagaan, yang mengetengahkan lebih daripada 10 industri, termasuk kesihatan, pendidikan, industri halal dan pelancongan.

Turut mendapat manfaat daripada penyertaan Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai adalah Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS), yang kini mendapat peluang di peringkat antarabangsa.

Ismail Sabri berkata, ia peluang bagi usahawan terbabit mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang baharu di luar negara.

Beliau berkata, kos yuran penyertaan semua PMKS itu ditanggung oleh kerajaan dan mereka hanya perlu membayar kos penginapan serta tiket kapal terbang, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu, menyokong dan memperkasakan sektor terbabit.

“Saya mahu lebih banyak PMKS dapat melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa yang boleh membantu

mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, seterusnya meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau hari ini turut menyaksikan majlis pemeteraian lima MoU; dua Memorandum Eksplorasi Perniagaan (MOBE) dan satu Surat Niat (LOI) antara syarikat Malaysia dan rakan perniagaan asing.

Selain itu, beliau berkata, penyertaan Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai juga menyaksikan ketetapan Aerodyne Group untuk menjadikan Pavilion Malaysia

sebagai ibu pejabat kedua global dengan semua kos operasi akan diuruskan oleh Aerodyne Group.

“Saya amat berbangga kerana Malaysia mengadakan libat urus dengan begitu ramai rakan kongsi yang bersedia untuk menyertai Malaysia dalam mewujudkan dunia yang lebih baik.

“Saya yakin hubungan yang dibangunkan di sini akan membawa kepada pelbagai potensi baharu dalam pemulihan global yang berterusan dan pertumbuhan yang mampan.

“Malaysia juga bersedia untuk menyertai Ekspo Dunia yang akan diadakan di Osaka pada 2025. Ini membuktikan prinsip Malaysia yang berpegang kepada dasar neutral dan mengekalkan hubungan aman dengan semua negara dalam meningkatkan lagi hubungan dengan negara lain di rantau ini,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar