21.8 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Majlis Tilawah Al-Quran Diakhiri Dengan Sesi Berjoget Di Indonesia

Mereka yang menghadiri majlis tilawah al-Quran itu dilihat menari sakan berlatar belakangkan lagu C’est La Vie nyanyian Khaled yang dipasang dengan kuat.

Seperti yang kita sedia maklum, majlis tilawah al-Quran adalah acara yang dianggap mulia dalam Islam.

Program tilawah al-Quran kebiasaannya dipenuhi dengan majlis bacaan kitab suci yang mengandungi 30 juzuk. Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca, tetapi isi kandungannya perlu diamalkan sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Sesi berjoget akhiri program tilawah al-Quran

Namun, lain pula yang berlaku apabila satu program tilawah al-Quran di Indonesia menjadi perhatian ramai selepas tular video penganjur dikatakan mengadakan sesi berjoget sebagai penutup majlis.

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Abduh Nursalam), orang ramai yang menghadiri majlis tersebut dilihat menari sakan berlatar belakangkan lagu C’est La Vie nyanyian Khaled yang dipasang dengan kuat.

Tak kiralah berkopiah atau bertudung, semuanya dilihat berjoget sambil melayan alunan lagu.

Melihat kelalaian mereka yang berjoget di dalam majlis mulia itu membuatkan pengguna Facebook (Abduh Nursalam) agak kecewa dan kesal dengan situasi tersebut.

Video tersebut yang juga dikongsikan di laman Twitter (isusemasaviral) mendapat pelbagai komen dari netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 103,000 tontonan.

Netizen kecewa tengok umat Islam ‘lagha’

Di ruangan komen video dimuat naik di laman Twitter itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat keadaan umat Islam di majlis suci tersebut.

Namun ada juga yang melihat situasi ini sesuatu yang tidak mendatangkan masalah.

Semoga negara kita dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara sebegini yang boleh melalaikan iman dalam majlis kesucian.

Macam-macam dah yang berlaku di akhir zaman ini.

Sumber : The Rakyat Post

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 8:02 pm

Latest Articles

Skip to toolbar