22.3 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Lori merempuh kereta di Tambak Johor

Sebuah lori hilang kawalan merempuh 11 kenderaan yang sedang menggunakan jalan raya dipercayai akibat brek gagal berfungsi berlaku di Tambak Johor–Singapura pada Khamis.

Menerusi perkongsian Bob Jov di Facebook, lori berkenaan dilihat cuba berhenti tetapi tidak berjaya sebelum merempuh beberapa kenderaan yang berada di hadapannya.

Berdasarkan video berdurasi 27 saat itu, kesan daripada pelanggaran tersebut menyebabkan banyak kenderaaan mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang dan hadapan kereta.

Susulan perkongsian itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai di ruangan komen yang mempertikaikan tindakan pemandu lori yang tidak melanggar penghadang jalan raya yang lebih efektif untuk memberhentikan kenderaan.

Sumber : Facebook

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 2:56 pm

Latest Articles

Skip to toolbar