22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Logo Baru Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 Dikritik

Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 yang dilancarkan baru-baru ini menerima kritikan daripada netizen yang menyifatkan ia terlalu ringkas mengambil terus lambang isyarat WiFi.

Berdasarkan pemerhatian pada Facebook dan Twitter, netizen turut membuat jenaka selain ada yang membandingkannya dengan logo Hari Kebangsaan tahun-tahun sebelum ini.

“WiFi melambangkan internet Malaysia yang lembab berbanding negara Asia lain yang sudah 5G,” kritik seorang netizen.

“Lebih baik buat pertandingan dalam kalangan murid tadika seluruh negara. Hasilnya lebih baik daripada logo tersebut,” ujar seorang lagi netizen.

Sebelum ini, logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dilancarkan oleh Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Ia berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk rakyat.

Sumber : KOSMO ONLINE!

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar