Singapura: Liverpool akan menentang Crystal Palace di Singapura dalam salah satu aksi jelajah pra musim di Asia pada Julai depan, menurut kelab Liga Perdana itu hari ini.
Liverpool akan berdepan Palace di Stadium Nasional Singapura pada 15 Julai, tiga hari selepas menentang Manchester United di Thailand.
“The Reds sebelum ini mengunjungi Singapura dan beraksi dua perlawanan hebat pada 2001 dan 2009 selain menjalani latihan terbuka pada 2011 dan kembali semula ke Asia kali pertama sejak 2017,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.
Asia dan Australia dua negara yang kerap menjadi pilihan kebanyakan kelab gergasi Eropah sebelum pandemik Covid-19 dengan Liverpool, Manchester United dan Chelsea menarik kehadiran puluhan ribu penyokong menyaksikan aksi persahabatan membabitkan ketiga-tiga kelab pasukan.
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter