22.2 C
Malaysia
Wednesday, October 5, 2022

Lima berminat ambil alih Perak FC

Sekurang-kurangnya lima pihak dipercayai sudah merisik untuk membeli Perak FC, beberapa hari selepas pengurusan kelab itu dilaporkan rela melepaskannya kepada pemilik baharu walaupun dengan harga RM1.

Malah, jika semua proses berjalan lancar, kemungkinan skuad Bos Gaurus akan mendapat pemilik baru selewatnya-lewatnya pada minggu depan, sekali gus memberi nafas baharu kepada kelab berkenaan.

Menurut sumber, walaupun lima pihak berkenaan sudah menghubungi Perak FC, hanya tiga daripadanya yang menunjukkan minat untuk memiliki pasukan itu termasuk menanggung segala hutang skuad terbabit.

Ketika ini perbincangan bersama pihak berkenaan yang terdiri daripada dua syarikat tempatan dan satu lagi orang perseorangan berjalan lancar dan hanya menunggu jawapan daripada mereka berkaitan terma serta syarat.

“Sekarang ini, saya dimaklumkan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd boleh dikatakan pada peringkat akhir untuk menyerahkan Perak FC kepada ‘tuan’ baru. Perkara itu pun dalam pengetahuan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sekali gus Perak FC akan berwajah baharu kelak.

“Apa yang boleh saya maklumkan, ‘bos’ baru Perak FC mempunyai sumber kewangan kukuh dan mampu menerajui pasukan terbabit dengan jayanya,” kata sumber itu.

Sebelum ini, BH Sukan melaporkan Perak FC tampak semakin terdesak untuk mencari pemilik baharu apabila pemilik pasukan itu sanggup melepaskan skuad Bos Gaurus walaupun dengan harga RM1.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah dilaporkan mengakui pihaknya tidak mampu untuk menyelesaikan hutang pasukan berjumlah kira-kira RM8 juta termasuk RM2 juta membabitkan tunggakan gaji pemain.

Walaupun tanda harga itu tidak masuk akal bagi satu pasukan yang boleh dikatakan memiliki nama dalam Liga Malaysia (Liga M), itu mungkin langkah terbaik perlu dilakukan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd untuk mengelak situasi lebih parah dihadapi skuad Bos Gaurus.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
22,957
Total active cases
Updated on October 5, 2022 12:21 pm

Latest Articles

Skip to toolbar