21.8 C
Malaysia
Wednesday, October 5, 2022

LHDN Tukar Waktu Operasi

Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di semua Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini, kecuali di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

LHDN dalam satu kenyataan pada Sabu berkata, bagi keempat-empat negeri itu, perkhidmatan bermula dan tamat pada waktu sama pada Ahad hingga Rabu, manakala pada Khamis, operasi ditetapkan pada 8 pagi hingga 3 petang.

Bagi perkhidmatan Hasil Care Line dan Telefonis Cawangan pula, ia akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Khamis di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang akan bermula pada 8 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, waktu operasi kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur akan bermula dari 8 pagi hingga 4 petang, Pusat Bayaran Kota Kinabalu (8 pagi hingga 3 petang) dan Pusat Bayaran Kuching (8 pagi hingga 4 petang).

LHDN dalam kenyataan itu turut menyarankan pelanggan supaya melakukan urusan percukaian secara dalam talian bagi memastikan risiko penularan wabak Covid-19 dapat dikurangkan. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 8:19 pm

Latest Articles

Skip to toolbar