26.7 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Lemak bakar jadi rebutan ketika Ramadan

Kota Bharu: Lemak bakar antara menu tumpuan di bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Ini kerana menu berkenaan sukar kerana kebanyakan peniaga hanya menjualnya ketika Ramadan sahaja menjadikan lemak bakar sentiasa dinanti-nantikan.

Malah, bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV yang menjadi bazar terbesar di Kelantan juga hanya mempunyai beberapa peniaga yang menjual menu istimewa itu.

Peniaga, Norhasuzi Othman, 42, berkata dia mampu menjual lemak bakar sebanyak 50 kilogram (kg) sehari dalam masa tiga jam sejak tiga hari lalu.

Katanya, menu berkenaan sudah dijual sejak 20 tahun lalu dan dianggap istimewa sehingga dinanti-nantikan pembeli kerana hanya dijual setiap kali Ramadan.

“Sambutan kali ini sangat luar biasa, jika tahun sebelumnya saya menjual 30 kg sehari, namun ianya meningkat kepada 50 kg sehari.

“Dalam tempoh beberapa jam sahaja boleh habis dan itu pun masih tidak mampu menampung permintaan pelanggan.

“Bayangkan hari pertama berniaga, permintaan sangat luar biasa sehingga ada pelanggan berebut lemak bakar kerana sudah tinggal sedikit,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, lemak bakar jualannya diperap dengan bahan tertentu hasil resepi turun temurun untuk beberapa jam sebelum dibakar.

Katanya, selain lemak bakar, dia turut menjual menu lain seperti daging bakar, gulai kawah, ikan bakar cencaru dan daging singgang, namun paling mendapat perhatian adalah lemak bakar.

“Saya gembira dengan sambutan yang diterima dan berharap ia berterusan sehingga akhir Ramadan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 8:32 am

Latest Articles

Skip to toolbar