24.1 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

Lelaki OKU maut rempuh MPV rosak

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 85.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizol Azahar, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Mangsa yang tinggal di Kampung Banggol Lalang, Gurun dekat sini itu memiliki kad OKU di bawah kategori ketidakupayaan penglihatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda Wave ditunggangi mangsa dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream.

Katanya, MPV tersebut dinaiki tiga lelaki berusia antara 42 hingga 45 tahun dan kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang bergerak di lorong kecemasan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang MPV.

“MPV itu berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan iaitu radiator bocor,”  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 10:18 am

Latest Articles

Skip to toolbar