25.7 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Lelaki maut ditetak selepas diserang lima individu berdekatan medan selera

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut dalam pergaduhan membabitkan enam individu di Kampung Baru, Bukit Mertajam di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa iaitu lelaki warga tempatan berusia 30-an disahkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam di sini ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, siasatan lanjut mendapati, kejadian itu membabitkan pergaduhan antara mangsa dengan lima individu termasuk seorang wanita.

“Mangsa dan individu-individu yang dikatakan saling mengenali itu bergaduh dipercayai dengan senjata tajam di kawasan lapang berdekatan sebuah medan selera.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera dengan serius pada badan sebelum dia dihantar ke hospital dan disahkan maut ketika menerima rawatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihak polis sedang melakukan siasatan berhubung kejadian itu termasuklah bagi mengetahui motif kejadian.

LINK Video Via Facebook : Traffic Info Crew

“Kita sedang mengesan suspek yang terlibat dan polis meminta orang awam yang menjadi saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382 222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, kejadian tersebut tular di media sosial selepas tiga video berdurasi 17, 10 dan lima saat yang memaparkan kejadian itu dimuat naik ke laman sosial Facebook sejak malam tadi.

Salah satu video memaparkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah pada badan, manakala video lain menunjukkan seorang wanita berdiri disisi mangsa yang terbaring sambil memegang objek dipercayai senjata.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 2:31 am

Latest Articles

Skip to toolbar