22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Lelaki kurang siuman mengamuk sambil memegang parang

Kota Kinabalu : Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental ditahan polis selepas mengamuk sambil memegang parang di Taman Kendara, Kepayan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lelaki berusia 38 tahun itu turut bertindak memecahkan cermin serta merosakkan sebuah teksi yang diletakkan di kawasan perumahan berkenaan.

Menurut sumber, kejadian disedari pihak berkuasa selepas dihubungi penduduk taman perumahan yang ketakutan dengan gelagat lelaki terbabit.

Pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya terpaksa mengambil masa beberapa minit bagi menenangkan lelaki terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, gelagat menakutkan lelaki terbabit sempat dirakam penduduk sebelum tular di media sosial.Lelaki yang tidak berbaju dan berseluar pendek itu dilihat berjalan mengelilingi perumahan berkenaan sambil membawa sebilah parang.

Sumber : Harian Metro

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar