21.6 C
Malaysia
Saturday, September 30, 2023

Lelaki Ini Tikam Rakan Sendiri Hingga Mati Kerana Tak Henti Menyanyi Hampir Waktu Subuh

Perbuatan mangsa ditegur oleh suspek kerana masa tersebut tidak sesuai untuk menyanyi memandangkan sudah hampir waktu Subuh, selain bimbang mengganggu jiran-jirannya.

Satu kejadian menyayat hati telah berlaku di Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia apabila seorang lelaki dilaporkan telah menikam rakannya sehingga meninggal dunia gara-gara tidak berhenti menyanyi.

Menurut laporan Kompas, suspek yang hanya dikenali sebagai LS, berusia 33 tahun disyaki membunuh mangsa, Herlina Konstan Larangka, 39, kerana wanita itu didakwa enggan berhenti menyanyi.

Jurucakap polis Kendari, Fitrayadi menjelaskan bahawa suspek bersama dua lagi rakan ketika itu sedang beristirehat di rumah sewanya di Kadia sebelum mereka dihubungi oleh mangsa.

Mangsa memberitahu dia mahu datang ke rumah tersebut untuk bersantai bersama. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, setibanya mangsa di rumah suspek, mangsa mula membuka aplikasi YouTube menerusi telefon bimbit dan menyanyi tanpa henti.

” Perbuatan mangsa ditegur suspek kerana masa tersebut tidak sesuai untuk menyanyi memandangkan sudah hampir waktu subuh, selain bimbang mengganggu jiran-jirannya. “

Jurucakap polis Kendari, Fitrayadi menerusi Kompas.

Suspek mengancam mangsa untuk menikamnya jika terus berdegil dan malangnya mangsa tidak mengendahkan amaran berkenaan, malah terus menyanyi dengan sekuat hatinya.

Suspek mulai berang dengan tindakan mangsa terus berlari ke dapur dan keluar dengan sebilah pisau lalu menikam mangsa pada bahagian pinggangnya.

” Suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh dua lagi rakan mereka. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital akibat luka parah yang dialaminya.”

Jurucakap polis Kendari, Fitrayadi menerusi Kompas.

Pihak polis bagaimanapun telah berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tujuh tahun.

Sumber : The Rakyat Post

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar