21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Lelaki hina Islam dan Nabi di media sosial dicekup di Machang

MACHANG – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui satu klip video yang dibuat menerusi satu hantaran di akaun Facebook hari ini.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu dicekup kira-kira pukul 11.30 pagi tadi di sebuah rumah di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong selepas video yang berdurasi selama empat minit 14 saat tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan yang menghina agama Islam Nabi Muhammad.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek yang tidak bekerja itu mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Sehubungan itu, polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan. Selain itu, suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber : KOSMO! ONLINE.

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar