32.1 C
Malaysia
Wednesday, September 27, 2023

Lelaki ditahan kerana langgar kereta bekas tunang

SANDAKAN – Polis Sandakan menahan seorang lelaki warga tempatan berikutan tindakannya melanggar dengan sengaja kereta bekas tunang dalam kejadian di Bandar Indah dekat sini semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 2 petang itu, suspek berusia 20an yang memandu Perodua Viva melanggar kereta Perodua Myvi tunangnya yang diletakkan dalam kawasan tempat letak kenderaan di hadapan sebuah pejabat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, bagaimanapun mangsa wanita berumur 20an berkenaan tidak berada di dalam kenderaan terbabit sewaktu kejadian.

Katanya, motif sebenar kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa ekoran perhubungan pertunangan yang sudah putus.

“Suspek didapati dengan sengaja melanggar kenderaan mangsa yang diletakkan di tempat meletak kenderaan terbabit.

“Ekoran kejadian itu, mangsa wanita yang juga pemilik Perodua Myvi berkenaan tampil membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Bandar Sandakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Fuad memaklumkan Bahagian Siastan Jenayah IPD Sandakan telah berjaya menahan suspek pada pukul 11.15 malam hari sama laporan dibuat.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna putih dengan sengaja melanggar sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi putih.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Perodua Viva yang dipandu berkenaan kemudianya dilihat meninggalkan kawasan tempat letak kenderaan terbabit dipercayai di hadapan sebuah bangunan.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar