33.5 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

Lelaki dikecam kerana melamar kekasih pada acara pengebumian bapa

CAPE TOWN – Seorang paderi di Afrika Selatan menerima kecaman ramai apabila melamar kekasihnya pada acara pengebumian bapa wanita berkenaan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Video lamaran itu telah dimuat naik pada akaun TikTok bernama @M.Mojela.

Rakaman menunjukkan situasi di sebuah acara pengebumian sedang diadakan, dengan ahli keluarga si mati duduk di hadapan keranda berisi mayat. 

Lelaki itu kemudian dilihat membuat lamaran dengan berlutut di hadapan wanita itu yang sedang menitiskan air mata. Lamaran tersebut sedikit terganggu oleh bunyi daripada mikrofon yang dipegang lelaki berkenaan.

“Melamar anak si mati di pengebumian. Mengesat air mata untuk kedua-duanya,’’ demikian menurut keterangan pada video berkenaan.

Seorang daripada tetamu yang hadir menjerit tanda bersetuju kerana terkejut selepas menyedari wanita itu dilamar.

Video itu bagaimanapun menerima banyak reaksi negatif dengan ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak sopan untuk dilakukan.

“Tidak (melamar) ketika majlis pengebumian. Saya akan berkata tidak. Beri peluang saya menghormati orang yang saya sayangi,” kata seorang netizen.

Usaha paderi itu bagaimanapun berhasil apabila teman wanitanya menyarungkan cincin yang dihulurkan.

Sumber : Agensi

 Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 7:12 am

Latest Articles

Skip to toolbar