25.1 C
Malaysia
Wednesday, September 21, 2022

Lelaki bengang diintai lelaki lain dalam tandas awam Di R&R Pulau Pinang

Seorang lelaki bengang apabila mendapati dirinya telah diintai oleh seorang lelaki lain ketika berada di tandas sebuah hentian Rehat dan Rawat (RnR).

Menerusi rakaman yang tersebar luas di media sosial sejak kelmarin, pada awalnya lelaki berkenaan ingin membersihkan diri di dalam tandas, namun dia dikejutkan dengan beberapa ketukan pintu dari luar.

Jelasnya, sejurus pintu dibuka, kelihatan seorang lelaki lain yang mempunyai perwatakan lembut dan berambut panjang berada di depan pintu tandas dan cuba untuk mengganggunya.

Sehubungan itu, disebabkan kurang selesa dengan tindakan individu terbabit, dia segera mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam pergerakan si pelaku serta menegur perbuatannya itu.

“Kau nak apa, kau nak kena pijak ka?. Kau itu lelaki, kau buat tadi kau tak malu? kau ingat aku lelaki apa,” katanya dengan tegas.

Dalam pada itu, si pelaku dilihat cuba mengelak dari dirinya dirakam dan kedengaran perkataan meminta maaf berulang kali.

Selain itu, lelaki tersebut yang juga perakam memaklumkan tujuannya berkongsi video berkenaan bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak, tetapi sebagai pengajaran bersama serta langkah berjaga-jaga ketika berada di kawasan awam.

“Semoga menjadi pengajaran, bukan nak malukan tapi sebagai langkah berhati-hati sesama kita, lepas ini kalau nak membuang ke apa tunggu balik rumah,” ujarnya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,715
Total active cases
Updated on September 21, 2022 5:42 am

Latest Articles

Skip to toolbar