22.1 C
Malaysia
Tuesday, December 12, 2023

Laungan azan terakhir, anak dijemput Ilahi sehari selepas ibu tiba di Tanah Suci

HAJAT seorang anak untuk melihat ibu kesayangan pulang ke tanah air dengan haji mabrur tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Bagaimanapun arwah sempat melaungkan azan bagi mengiringi kebarangkatan ibunya ke Tanah Suci Makkah pada 20 Jun lalu.

Dua hari selepas pelepasan ke Tanah Suci, anak jemaah itu, Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ibu saudara arwah, Zalila Akasah berkata anak saudaranya yang mesra disapa Haiqal berusia 19 tahun meninggal dunia dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di Melaka, pada Rabu lalu.

Menurut wanita berusia 45 itu, kejadian berlaku hanya sehari selepas ibu Allahyarham iaitu kakak sulungnya, Norzaini Akasah, 57, tiba di Tanah Suci.

“Ibu arwah berlepas ke Tanah Suci pada Isnin dan tiba di sana pada Selasa. Pagi esoknya (22 Jun) anaknya meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan.

“Arwah sentiasa senyum sepanjang menghantar ibunya. Alhamdulillah arwah sempat melaungkan azan untuk keberangkatan ibunya,” katanya

Zalila atau Ell mengakui sukar bagi mereka sekeluarga dan adik-beradik untuk menyampaikan berita kematian anak saudaranya itu kepada kakak yang baru tiba di Tanah Suci.

“Ibu mana yang tak sedih mendapat berita pemergian anaknya, apatah lagi sehari selepas ketibaannya di Tanah Suci. Tangisan seorang ibu kerana bersedih adalah perkara biasa.

“Tapi kakak saya seorang yang tabah dan kuat. Wajah kakak kelihatan tenang dan selepas pengebumian arwah, kakak saya
beritahu dia reda dengan ketentuan Allah,” ujarnya sambil menambah anak saudaranya itu selamat dikebumikan sekitar pukul 2 pagi Khamis.

Mengenai arwah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik, wanita ini menyifatkan anak saudaranya mempunyai keperibadian yang begitu disenangi ramai orang.

“Bagi kakak saya, arwah merupakan seorang anak yang baik, sentiasa mendengar kata tak pernah melawan semasa hayatnya. Malah arwah cukup baik dengan kami semua.

“Orangnya pendiam, tapi sentiasa tersenyum. Malam terakhir sebelum arwah meninggal dunia, saya ada buat panggilan video dengan kakaknya untuk bertanya khabar, wajahnya tetap senyum.

“Saya terharu melihat ramai rakan-rakan arwah sanggup datang menghadiri pengebumian arwah walaupun dekat pukul 2 pagi. Langit sangat terang waktu tu,” katanya.

Ell yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan bahawa kakaknya turut menyaksikan upacara pengebumian jenazah anaknya menerusi panggilan video.

Menurut Ell yang merupakan kakitangan bank, anak saudaranya itu adalah bekas pelajar tahfiz dan sering menjadi imam terutama solat tarawih di surau.

Tambahnya, anak saudaranya yang merupakan johan dalam satu pertandingan azan secara sukarela melaungkan azan sewaktu keberangkatan kakaknya ke Tanah Suci.

“Saya perasan salah satu gambar arwah mencium pipi ibu dia sebelum ibu dia berlepas ke Tanah Suci. Saya sebak tengok, arwah cium ibu dia seolah-olah dia tahu ‘nak pergi’.

“Mengenai kakak saya, di mana kekuatannya untuk berdepan dengan situasi ini, apatah lagi berada jauh di saat anak dikebumikan. Saya tak rasa semua orang mampu melakukannya.

“Kakak pernah berhasrat nak bawa anak-anaknya pergi menunaikan umrah, tapi tiada rezeki. Doakan agar kakak saya
diberikan kekuatan dan kesihatan sepanjang menunaikan haji, dan semoga arwah anak saudara ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Sumber : MStar Online

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 11, 2023 6:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar