23.8 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Lakonan Jared Leto dalam Morbius sukar dipertikaikan

FILEM adiwira terbaharu yang kini ditayangkan di pawagam adalah Morbius, yang mana watak utamanya diadaptasikan daripada komik Marvel.

Secara ringkasnya, ia mengisahkan mengenai kehidupan Dr Michael Morbius lakonan Jared Leto yang sejak kecil menghidap penyakit berkaitan darah.

Membesar di hospital di Greece, Michael yang pada ketika itu berusia 10 tahun bersahabat dengan Lucien yang dipanggil Milo, juga menghidap penyakit sama.

Bapa angkat mereka yang juga pengarah di hospital itu kemudian mengatur supaya Michael menyertai sekolah perubatan di New York selepas melihat kemampuannya ketika membantu menyelamatkan nyawa Milo.

Selepas 25 tahun, Michael berjaya menjadi pakar perubatan dan mencipta darah sintetik untuk digunakan dalam bidang perubatan.

Pada masa sama, dia juga membuat kajian rahsia menggunakan kelawar pemakan darah yang ditangkap di Costa Rica. Usahanya itu adalah untuk menggunakan DNA kelawar itu dan disesuaikan dengan tubuh manusia.

Namun, usaha yang dijangka bakal berjaya menjadi umpama sumpahan buat dirinya apabila dia berubah menjadi makhluk seperti puntianak yang dahagakan darah.

Pada masa sama, ‘kejayaan’ itu diketahui Milo yang menaja seluruh projek kajian rahsia Michael dan dia juga secara curi-curi menyuntik DNA itu dalam tubuhnya.

Dari situ, bermula konflik antara Michael dengan sahabat baiknya yang kini mula berubah menjadi raksasa yang kejam dan sentiasa dahagakan darah.

Satu perkara yang membuatkan saya tertarik untuk menonton filem ini adalah kerana lakonan Leto yang tidak perlu lagi dipertikaikan.

Kali ini, Leto sekali lagi membuktikan kemampuannya menjayakan satu watak yang benar-benar mencabar. Bukan saja dari segi ekspresi dan bentuk badan, ada juga babak aksi yang lain dari kebiasaan.

Berbeza dengan filem aksi lain yang kita tonton dalam rangkaian filem Marvel, ini menjadi satu filem aksi yang digabungkan dengan elemen seram dari segi penampilan Morbius.

Namun, kalau dibandingkan dengan filem Marvel lain, ada beberapa lagi kekurangan yang dilihat dalam watak dan filem ini.

Filem ini juga menerima kritikan pedas daripada ramai pengkritik filem dunia yang rata-rata tidak berpuas hati dan menganggap tidak semua cerita dari komik layak diadaptasikan dalam bentuk filem.

FILEM: Morbius

PENGARAH: Daniel Espinosa

PENULIS SKRIP: Matt Sazama dan Burk Sharpless

PELAKON: Jared Leto, Matt Smith, Adria Arjona, Jared Harris, Al Madrigal dan Tyrese Gibson

TERBITAN: Columbia Pictures, Marvel Entertainment, Arad Productions dan Matt Tolmach Productions

Trailer Morbius

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 10:12 am

Latest Articles

Skip to toolbar