22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Konvoi motosikal, polis keluarkan lebih 300 saman

IPOH: Sebanyak 307 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang menyertai satu konvoi ketika sekatan jalan raya diadakan di Kilometer 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tanjung Malim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata SJR itu dilakukan apabila pihaknya mengesan satu hantaran tular di laman Twitter berkaitan sekumpulan penunggang motosikal berkonvoi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim.

Hasil siasatan awal pihaknya mendapati kumpulan motosikal itu bergerak secara berkumpulan dari arah utara dan selatan menuju ke sebuah restoran di Tanjung Malim.

“Polis Daerah Muallim menggerakkan 28 pegawai kanan dan pegawai rendah mengadakan sekatan jalan raya di laluan berkenaan bagi pemeriksaan ke atas motosikal berkenaan.

“Operasi bermula jam 9 pagi hingga 4 petang itu merekodkan 307 penunggang motosikal disaman, manakala lima lagi saman ke atas lain-lain kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hasni berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mengesan pelbagai kesalahan dilakukan penunggang motosikal termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi pandang belakang, nombor pendaftaran kenderaan tidak lengkap dan ‘fancy’ serta ubah suai ekzos.

Walaupun negara beralih ke fasa endemik dan aktiviti berkumpulan dibenarkan, tetapi polis mengingatkan orang ramai tidak melakukan perkara menyalahi peraturan serta undang-undang.

Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 7:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar