23.3 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Komposer Dr Wan Zawawi meninggal dunia akibat serangan jantung

KUALA LUMPUR: Ahli akademik, komposer dan penyanyi, Prof Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim, 75, meninggal dunia pada jam 6.47 pagi tadi, akibat serangan jantung.

Isterinya, Noorshah Mohd Salleh berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Petaling Jaya selepas rebah ketika bersiap hendak menunaikan solat Subuh.

“Arwah dikesan mempunyai masalah saluran jantung tersumbat, kira-kira dua bulan lalu. Sepatutnya selepas Hari Raya ini, suami menjalani rawatan susulan sakit jantung.

“Namun, tidak sempat. Apapun, saya reda dengan pemergiannya,” katanya.

Ditanya apakah arwah suami ada menunjukkan sebarang kelakuan pelik, Noorshah berkata, arwah tidak memberi sebarang petanda akan pergi.

“Keadaan Allahyarham macam biasa dan tidak langsung menunjukkan petanda yang dia akan meninggalkan kami. Cuma keadaan dirinya yang semakin lemah dan wajahnya sedikit sembab akibat masalah saluran jantung itu,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian aktivis sosial itu turut dikongsi anak lelakinya, Hameer Wan Zawawi di akaun Facebook (FB) miliknya.

Melalui entri, Hameer menulis:

“Bapa saya, Prof Dr Wan Zawawi meninggal dunia pagi tadi. Arwah rebah pada jam 5.47 pagi dan pergi dalam keadaan tenang pada jam 6.47 pagi.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk dimandi dan dikafankan. Pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.”

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Wan Zawawi banyak menghasilkan lagu berkaitan isu sosial dan pernah bekerjasama dengan penyanyi ternama antaranya Datuk Ramli Sarip, Datuk M Nasir, Datuk Khatijah Ibrahim dan Ella.

Allahyarham Wan Zawawi meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan seorang cucu.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 4:48 pm

Latest Articles

Skip to toolbar