21.4 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

KKMM enggan sekat muzik video Aliff Syukri, kata Annuar

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai hak untuk menyekat serta-merta muzik video lagu bertema hari raya kontroversi usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman.

Menterinya, Annuar Musa berkata, siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil ke atas mana-mana pihak yang terlibat.

“Kita tak boleh sekat sebab nanti orang saman kita. Kalau nak sekat kena berdasarkan undang-undang. Kementerian dan menteri tak boleh sekat. Yang boleh sekat mahkamah.

“Kalau boleh sekat, macam-macam saya dah sekat, tetapi kita ada akta, maknanya kalau langgar undang-undang, baru boleh ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia malam ini.

Terdahulu, muzik video “Kelepok Raya” nyanyian usahawan tersebut mengundang rasa kurang senang apabila didakwa tidak menjaga kemuliaan bulan Ramadan dengan memaparkan sekumpulan lelaki yang mengenakan solekan serta melakukan tarian menghairahkan.

Awal hari ini, Aliff Syukri telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung klip muzik video tersebut, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, berkenaan Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022, Annuar berkata ia merupakan platform untuk memperkukuh ekosistem kewartawanan negara.

Katanya, Hawana adalah pengiktirafan tertinggi kepada pengamal media yang berperanan penting dalam membantu pembangunan negara bangsa.

“Tugas dan peranan bidang kewartawanan ini amat sinonim dengan membantu pembangunan negara, perjuangan negara dan negara bangsa…kalau kita boleh meraikan banyak profesion lain, adalah tidak wajar kita tidak memberikan pengiktirafan tertinggi kepada wartawan kita.

“Misalnya, Hawana yang boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga hari dengan pengisian merangkumi semua aspek dan elemen dunia kewartawanan yang boleh membangkitkan pemahaman masyarakat yang lebih luas terhadap peranan serta dunia kewartawanan,” katanya.

Beliau berkata, Hawana 2022 akan diadakan pertama kali pada 29 Mei ini di Melaka yang dihadiri wartawan dan pengamal media tempatan selain disertai wakil dari beberapa negara jiran termasuk Indonesia yang membuka ruang untuk pertukaran ilmu serta pengalaman dalam bidang itu.

Hawana 2022 dijadual dirasmikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob manakala Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) dan Bernama akan menjadi penggerak utama penganjuran Hawana 2022 yang turut melibatkan organisasi, persatuan dan pengamal media yang lain.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 1:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar