20.9 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

KKM dijangka umum kelonggaran SOP pada Rabu – KJ

PORT DICKSON: Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) berhubung pandemik COVID-19, Rabu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata perancangan KKM itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai perancangan KKM. Rabu nanti, saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Khairy melawat lima beradik, Muhammad Haidir Rodzi, 24; Muhammad Hairie, 21; Nurhairieka, 19; Muhammad Haiqiel, 14; dan Muhammad Khierzamani, 8, di Bandar Sunggala, di sini.

Lima beradik itu kehilangan kedua-dua ibu bapa, Rodzi Tahar dan Nazita Idris, akibat jangkitan COVID-19 pada pertengahan tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri berkata, tiga kelonggaran SOP akan diumum dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian saringan COVID-19 di lapangan terbang.

Sumber : BERNAMA

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 7:56 pm

Latest Articles

Skip to toolbar