22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Kim Pan Gon Sanggup Melawat Farizal Marlias

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bersama penolong jurulatih, E Elavarasan dan jurulatih penjaga gol, Cho Junho berkesempatan melawat penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias di kediaman pemain itu di Johor Bahru, hari ini.

Barisan kejurulatihan skuad negara itu berada di Johor bagi menyaksikan pertembungan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Guangzhou di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Susulan itu, mereka mengambil kesempatan untuk bertemu sendiri dengan pemain itu bagi melihat keadaan terkininya.

“Saya berharap Farizal akan cepat sembuh dan dapat kembali turun beraksi seperti biasa bersama pasukan JDT dan seterusnya bersama skuad Harimau Malaya pada perlawanan-perlawanan yang akan datang,” kata Pan Gon.

Sebagai rekod, pemain berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kening selepas bertembung dengan rakan sepasukannya, Shane Lowry pada aksi berdepan Terengganu FC (TFC), minggu lalu.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar