25.5 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Kes Dera Bella | TMJ tawar khidmat peguam secara percuma

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk menawarkan perkhidmatan peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berhubung kes penderaan Bella.

Menerusi hantaran di Facebook, Tunku Ismail memaklumkan sudah berhubung dan berbincang dengan peguamnya mengenai kes terbabit.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh).

“Kes pendakwaan pada ketika ini membabitkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam, dan peguam bela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT).

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” titahnya.

Semalam, nasib malang menimpa remaja perempuan Down Sindrom, Bella, 13, turut menerima perhatian isteri TMJ, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Khaleeda menerusi perkongsiannya dalam Twitter menyatakan akan berusaha bagi menuntut keadilan bagi Bella.

“Saya akan buat apa sahaja bagi mendapatkan keadilan buat Bella. Saya jelik dengan pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa sahaja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.

“Kamu boleh berselindung di sebalik barisan peguam kamu tetapi akhirnya karma akan tiba kepada kamu di dunia mahupun akhirat.

“Awak pasti akan menjadi contoh pengecut di luar sana supaya tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan sama di masa depan,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan prosiding mahkamah berkaitan kes penderaan terhadap Bella.

Seorang saksi berkongsi berkaitan kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung langsir tercabut menjadi punca pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, berang dan bertindak memukul serta memarahi Bella.

Remaja berkenaan yang ketiadaan ibu dan bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju yang diasaskan Siti Bainun.

Siti Bainun didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Sumber : Harian Metro / Astro Awani

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 1:00 am

Latest Articles

Skip to toolbar