22.1 C
Malaysia
Tuesday, September 27, 2022

Kes cuai khatan: Pemuda peroleh ganti rugi RM3.1 juta

Kuala Lumpur: Seorang pemuda berumur 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lalu, memperoleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat lagi.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa kesemua defendan telah melakukan kecuaian terhadap keadaan yang dialami oleh pemuda itu selaku plaintif.

Beliau berkata, mahkamah membenarkan ganti rugi khas seperti yang dinyatakan dalam pliding iaitu RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh kesemua defendan.

Akhtar membuat keputusan itu dalam prosiding dalam talian menerusi aplikasi Zoom yang turut disertai peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar bagi pihak plaintif dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy yang mewakili defendan.

Seramai tiga saksi plaintif dan lima saksi defendan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 22 September 2020.

Mohamad Zainuddin dan Saravanan ketika dihubungi pemberita mengesahkan keputusan hari ini.

Saravanan bagaimanapun berkata, pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut sama ada mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 20 Februari 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Feb 2020 mengarahkan kes itu dibicarakan selepas membenarkan rayuan plaintif untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 19 Julai 2018, plaintif memfailkan saman menerusinya ibunya dan mendakwa proses berkhatan pada 13 Disember 2010 adalah tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila keseluruhan kepala alat sulitnya dipotong menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal apabila kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Akibat kecacatan kekal itu, plaintif yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,532
Total active cases
Updated on September 26, 2022 8:11 pm

Latest Articles

Skip to toolbar