25.5 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Kes basikal lajak; Pemandu wanita dipenjara 6 tahun, denda RM6,000

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar dalam keputusannya turut memerintahkan responden Sam Ke Ting, 27, menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi sekiranya tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Menurut laporan Berita Harian, Abu Bakar turut memaklumkan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Beliau berkata, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.

Oktober tahun lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap pembebasan Sam daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.

Rayuan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 10 Okt 2021 untuk membebas dan melepaskan Sam daripada pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Sam.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 1:00 am

Latest Articles

Skip to toolbar