22.2 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Kerajaan Johor Umum Bantuan Kasih Bangsa Johor

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengumumkan insentif khas Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) membabitkan peruntukan RM144.36 juta, yang bakal disalurkan menjelang Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata insentif BKBJ itu bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.

Katanya, ia sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor, di samping menyedari ramai rakyat memerlukan bantuan dan sokongan.

“BKBJ merangkumi lima kategori utama iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi serta merangkumi 28 inisiatif.

“Menerusi kategori pertama iaitu Kemasyarakatan contohnya, lapan inisiatif digariskan membabitkan dana berjumlah RM34.16 juta.

“Ia membabitkan bantuan Beras Bangsa Johor dengan setiap rumah di negeri ini akan menerima bantuan beras 10 kilogram kepada 903,000 ketua isi rumah penduduk Johor.

“Bantuan RM300 akan diberi kepada 11,790 pekerja gig, pemandu teksi, e-hailing dan penghantar makanan, 2,400 pemandu bas awam dan bas ekspres, 11,267 nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad di sini, hari ini.

Onn Hafiz berkata, bantuan imarah masjid dan surau sebanyak RM500 seorang akan diberi 4,590 imam, bilal dan noja dari masjid dan surau kariah serta penggerak masjid dan penyedia al-Quran.

Katanya, bantuan RM500 seorang juga akan disalurkan kepada 627 ketua kampung.

“Bantuan geran RM120,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Johor dan Persatuan Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata, bantuan khas Aidilfitri RM400 akan disumbangkan kepada fakir manakala RM300 kepada golongan miskin.

“Selain itu, setiap pusat jagaan warga emas dan anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima Bantuan geran RM10,000.

“Inisiatif Anak Johor Prihatin-Bantuan akan diberikan kepada anak yang menjadi yatim kerana COVID-19, memanfaatkan 1,825 penerima.

“Inisiatif i-Berkat akan membantu 1,600 golongan B40, warga emas dan OKU dengan penerima boleh membeli barang keperluan seperti pesakit kronik dan terlantar,” katanya.

Antara inisiatif lain:

* Pengecualian sewa rumah PPR bagi kepada 11,511 penyewa

* Pengecualian sewa rumah kerajaan bagi 2022 kepada 3,020 penyewa

* Bantuan Raja Sehari RM1,000 kepada Pasangan Bangsa Johor yang pertama kali berkahwin, dengan pendapatan bersama bawah RM5,000

* Bantuan khas persekolahan RM150 kepada 123,361 murid sekolah rendah

* Bantuan Mahasiswa RM500 untuk diploma dan RM1,000 untuk Ijazah.

* Biasiswa Bangsa Johor untuk membiayai yuran pelajar di peringkat diploma dan ijazah sarjana di Kolej Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 6:19 pm

Latest Articles

Skip to toolbar