33.5 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

Kenapa Malaysia Tak Buat e-Hailing Motosikal Untuk Elak Kesesakan Jalan Raya? – Pakar

Perkhidmatan e-hailing motosikal telah diwujudkan di negara seperti Indonesia untuk memudahkan pergerakan seseorang melalui jalan yang sesak.

Boleh dikatakan hampir setiap hari jalan di sekitar Lembah Klang akan sesak. Tak kiralah waktu hari bekerja atau hujung minggu, aliran trafik agak tidak masuk akal kerana perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit tidak mustahil boleh bertukar dua jam.

Ditambah pula jika jalan tersebut sedang melakukan kerja pembaikan, semakin bertambah kesesakan di laluan berkenaan.

Di media sosial juga ramai yang meluahkan rasa penat terpaksa menghadap kesesakan jalan raya setiap kali balik bekerja selepas melihat video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (kamalitaewon).

Wujudkan e-hailing jenis motosikal untuk elak kesesakan jalan raya

Melihat kepada keluhan orang ramai, seorang pakar pengangkutan iaitu Rosli Azad Khan mencadangkan supaya perkhidmatan e-hailing jenis motosikal dipertimbang semula berikutan kesesakan jalan raya yang setiap hari berlaku.

Perkhidmatan e-hailing motosikal telah diwujudkan di negara iaitu Indonesia bagi membolehkan seseorang merentasi kesesakan lalu lintas dengan lebih cepat berbanding dengan menaiki pacuan empat roda.

Menurut laporan, Rosli juga berpendapat bahawa setiap penunggang yang ingin menawarkan perkhidmatan ini boleh disaring terlebih dahulu serta menyediakan insurans keselamatan untuk penumpang dan mewajibkan penggunaan GPS bagi memantau setiap perjalanan.

Namun sehingga kini, kerajaan Malaysia masih tidak membenarkan perkhidmatan berkenaan diperkenalkan berikutan isu keselamatan.

Perkara ini pernah dibahaskan semasa sidang Parlimen November 2021 oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong.

” Kementerian Pengangkutan buat setakat ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal selepas mengambil kira pelbagai aspek terutamanya dari segi isu keselamatan serta kebajikan penumpang. ” Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong.

Netizen minta kerajaan perbaiki sistem pengangkutan awam

Cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan e-hailing jenis motosikal ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ramai yang berpendapat kerajaan seharusnya menambah baik sistem pengangukutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) serta bas untuk digunakan oleh orang ramai bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang bersetuju dengan cadangan mewujudkan perkhidmatan e-hailing motosikal bagi mengelakkan kesesakan.

Sebelum ini, Malaysia pernah melancarkan teksi motosikal yang bernama Dego Ride pada tahun 2015. Namun perkhidmatan berkenaan terpaksa dihentikan berikutan kebimbangan kerajaan terhadap keselamatan pengguna.

Pada tahun 2020, perkhidmatan Dego Ride telah dibenarkan beroperasi semula serta mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq.

Sumber : The Rakyat Post

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 5:10 am

Latest Articles

Skip to toolbar