21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri KPDNHEP mengeluarkan kompaun berjumlah RM256,800 kepada peniaga ayam, telur

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun berjumlah RM256,800 kepada peruncit, pemborong dan penternak di seluruh negara kerana gagal mematuhi skim kawalan harga maksimum ayam dan telur yang berkuat kuasa 5 Feb lepas.
Timbalan menterinya Datuk Rosol Wahid berkata ia melibatkan 1,034 kes merangkumi pelbagai kesalahan termasuk menjual barangan melebihi harga siling dan gagal mempamerkan tanda harga khas seperti yang diarahkan.

Sebanyak 1,033 barangan perniagaan bernilai RM133,000 turut dirampas dalam tempoh yang sama.

"Sehingga semalam, kita telah memeriksa 66,375 premis di peringkat peruncit, pemborong dan pengeluar," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri KPDNHEP negeri di sini Ahad (29 Mei).

Daripada jumlah keseluruhan kes itu, katanya 41 kes telah diambil tindakan kerana tidak mempamerkan tanda harga, menjual melebihi harga siling (111 kes) dan gagal mempamerkan tanda harga khas (882 kes).

Rosol berkata pasukan penguatkuasa KPDNHEP telah diarah meningkatkan pemantauan di premis tertentu bagi mengesan peniaga yang ingkar.

“Jika kita lihat trend harga ayam atau makanan akan meningkat dalam tempoh seminggu dua sebelum skim kawalan harga tamat dan ini perlu ditangani,” katanya.

Rosol turut memberi jaminan tidak akan berlaku kekurangan bekalan makanan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan datang. 

Sumber : Bernama

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar