27.4 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

Kemalangan di Terowong Menora | Lima rentung dalam satu kereta

KUALA KANGSAR – Lima individu rentung selepas kereta yang dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora di sini, tengah malam tadi.

Identiti mangsa yang terkorban itu bagaimanapun belum dikenal pasti setakat ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.52 tengah malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kenderaan dinaiki mangsa dengan sebuah treler membawa muatan besi.

“Kereta dinaiki mangsa dan treler 20 tan itu masing-masing terbakar 90 peratus. Mangsa yang terperangkap di dalam kereta disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Pemandu treler bagaimanapun terselamat dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap kini sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa turut dibantu BBP Meru Raya, BBP Ipoh dan BBP Kamunting.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 3:05 am

Latest Articles

Skip to toolbar