21.6 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran ‘Blackout Challange’

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) yang mati selepas melakukan cabaran berbahaya di TikTok menyaman syarikat induk laman media sosial itu, ByteDance.

Menurut laporan majalah People, ibu mangsa, Tawainna Anderson menemui anaknya, Nylah, dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka pada 7 Disember tahun lalu selepas dilaporkan cuba melakukan cabaran digelar Blackout Challenge.

Cabaran yang popular di TikTok itu memerlukan pengguna untuk menahan nafas mereka sehingga pengsan disebabkan kekurangan oksigen.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Timur Pennsylvania, mangsa dibawa ke sebuah hospital berdekatan, namun meninggal dunia lima hari kemudian disebabkan keadaan itu.

Tawainna mendakwa bahawa anaknya mendapat tahu mengenai cabaran itu ketika menggunakan TikTok. Kanak-kanak tersebut didedahkan kepada maklumat tersebut menerusi platform For You Page, yang menggunakan algoritma untuk memaparkan kandungan kepada pengguna berdasarkan minat mereka.

“Algoritma defendan TikTok menentukan bahawa trend Blackout Challenge telah disesuaikan dan dicadangkan oleh laman itu mengikut minat kanak-kanak berusia 10 tahun, Nylah Anderson, dan akibatnya, dia menemui ajal,” demikian menurut tuntutan mahkamah.

Susulan itu, Tawainna menyaman ByteDance dan menuntut pelbagai ganti rugi termasuk kematian yang salah dan kecuaian.

Blackout Challenge atau kadangkala dikenali sebagai Choking Challenge dan Pass-Out Challenge menjadi popular di TikTok meskipun ia dilaporkan telah wujud sejak sekurang-kurangnya tahun 2008.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, pada tahun tersebut, seramai 82 remaja maut selepas melakukan cabaran seumpama itu, manakala sekurang-kurangnya tiga lagi kanak-kanak meninggal dunia pada tahun lalu selepas melakukan permainan yang sama.

Sumber : Agensi 

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 3, 2022 1:31 am

Latest Articles

Skip to toolbar