24.1 C
Malaysia
Thursday, June 8, 2023

Keluarga jadi kekuatan Roslan Aziz

KUALA LUMPUR: Segala-galanya sukar diungkapkan dalam tempoh tiga bulan ini. Bukan mudah buat komposer tersohor, Roslan Aziz, 60, berdepan ujian penyakit kanser limfoma (darah) tahap empat, apatah lagi doktor menjangkakan tempoh hayatnya hanya bertahan selama enam bulan.

Jika dihitung, Roslan hanya mempunyai masa terus bernafas dan bernyawa hingga Jun depan. Namun, soal ajal dan maut, segala-galanya ketentuan Ilahi.

Menyifatkannya sebagai ujian pedih yang perlu diharungi, namun kekuatan pemilik syarikat Roslan Aziz Production (RAP) yang pernah menguruskan penyanyi tersohor seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Zainal Abidin pada awal 1990-an itu apabila isteri, Sopphilea Hamid dan anak berdiri teguh di belakang ketika berdepan saat getir.

Bagi penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu isteri dan anak menjadi kekuatannya untuk melawan kanser yang sudah merebak dalam tempoh singkat.

“Saya akui, isteri dan anak-anak adalah bahagian paling penting dalam hidup. Mereka memainkan peranan dan memberi kekuatan. Jika tidak, bagaimana saya hendak melalui ujian ini?

“Apabila isteri peka dengan keadaan saya, secara tidak sedar semangat datang dengan sendirinya. Melihat mereka begitu memberikan perhatian membuatkan saya menjadi lebih bersemangat berdepan ujian penyakit ini,” katanya ketika sesi temu bual menerusi panggilan telefon bersama program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 bersama hos Ahmad Fedtri Yahya dan Hazrena Kassim, pagi semalam.

Roslan yang kini sedang menjalani rawatan kimoterapi mendedahkan, beliau disahkan menghidap penyakit kanser limfoma Januari lalu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI).

“Saya mengalami sakit perut yang agak berat pada penghujung tahun lalu. Kemudiannya, saya bertemu doktor dan diminta melakukan beberapa ujian.

“Melihat keadaan tidak bermaya, saya dicadangkan menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan MRI. Sebulan kemudian, saya disahkan menghidap kanser limfoma.

“Namun, kanser melepasi tahap empat dalam tempoh yang sangat singkat,” katanya.

Terdahulu, pencetus revolusi muzik tanah air mendedahkan kepada sebuah portal, doktor memaklumkannya hanya ada masa enam bulan untuk hidup.

Namun, bapa kepada empat cahaya mata itu sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya, harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan reda.

“Saya diberitahu hanya mempunyai masa sehingga enam bulan untuk hidup. Jika dihitung, hayat saya akan berakhir pada Jun depan.

“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah dilalui dan dilakukan.

“Saya tahu akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi, cuma saya tidak akan berjumpa isteri, begitu juga dengan anak-anak,” katanya.

Biarpun cuba bersikap positif, namun Roslan tetap bersedih apabila doktor mengesahkan menghidap kanser.

“Sudah tentu saya sedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser. Namun, saya tetap bersyukur walaupun didiagnos kanser, keadaan saya tidak teruk.

“Saya sedar hidup yang saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser adalah mati,” katanya.

Roslan yang juga bekas suami Datuk Sheila Majid kini sudah 23 tahun hidup bersama isterinya, Sopphilea yang banyak berkorban dan memberikan semangat buatnya menghadapi setiap ujian besar.

Menerusi dua perkahwinannya, Roslan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 8, 2023 3:12 pm

Latest Articles

Skip to toolbar