27 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

Kelibat abang Viva di Kuala Johol bantu mangsa banjir

KUALA PILAH – Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ atau Azwan Omar dilaporkan sudah sampai ke Kuala Johol, kira-kira pukul 10.30 malam tadi bagi memulakan usahanya membantu mangsa banjir di daerah berkenaan.

Penduduk, Shaik Ali Mohamed Haleem, 25, berkata, dia berasa sangat besar hati apabila ‘Abang Viva’ yang terkenal dengan sikap membantu mangsa banjir terus datang membantu penduduk hanya dengan sekali ajakan dari penduduk bernama Nor Hisham.

Menurutnya, pacuan empat rodanya tidak dapat mengharungi arus deras banjir untuk ke Kuala Johol dan dia juga tidak mengetahui bagaimana ‘Abang Viva’ boleh masuk ke kawasan berkenaan.

“Alhamdulilah, syukur terima kasih. Tahu-tahu sahaja sudah sampai bagi membantu kami. Ikutkan kebiasaannya, banjir hanya berlaku di Kuala Johol, namun kali ini banjir turut berlaku di kawasan Inas.

“Air makin naik, terima kasih pasukan penyelamat, penduduk dan Abang Viva yang masih lagi membantu mengeluarkan mangsa hingga ke saat ini,” katanya hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati kawasan Kuala Johol tidak boleh dilalui berikutan air naik begitu deras ke jalan utama.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 10:18 am

Latest Articles

Skip to toolbar