22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Kejadian tunggang motosikal separuh bogel

Kuala Terengganu: Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai dua individu dipercayai warga asing menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel agar tampil membuat laporan untuk [email protected]

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, setakat ini tiada laporan diterima dan pihaknya maklum mengenai gambar pasangan itu yang tular di media sosial sejak Rabu lalu.

“Berdasarkan gambar yang dirakam pengguna jalan, kejadian dipercayai berlaku di sekitar pusat bandar raya ini, namun kita tidak menerima sebarang laporan.

“Kita memandang serius kejadian ini. Walaupun mereka dipercayai warga asing, mereka perlu memahami dan menjaga sensitiviti serta budaya kita, apatah lagi pada bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini aksi pasangan itu hangat diperkatakan di media sosial apabila lelaki hanya memakai seluar pendek, manakala pembonceng wanita berpakaian dalam.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 5:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar