30.5 C
Malaysia
Thursday, June 8, 2023

Kejadian pergaduhan di Restoran 668, Mahkota Cheras, 12 jahitan di kepala

Hanya kerana perselisihan faham berkaitan hantaran di Facebook, seorang lelaki cedera dipukul rakannya di sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 48 tahun jam 12.40 tengah malam semalam.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku jam 10 malam kelmarin, semasa mangsa berada di restoran bersama empat lelaki dengan dua daripada mereka dikenali pengadu.

“Pengadu dan suspek berjumpa kerana mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah peribadi mengenai perselisihan faham hantaran di Facebook.

“Bagaimanapun, perbincangan itu menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan memukul mangsa serta rakannya menggunakan batang besi paip hingga mengakibatkan mangsa cedera di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nasir berkata, pengadu mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Bandar Mahkota Cheras dan menerima 12 jahitan di kepala akibat kecederaan terbabit.

“Suspek yang terbabit dalam kejadian itu iaitu lelaki berusia 39 tahun sudah dikenal pasti dan sedang dikesan polis bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Ahmad Faizal di talian 019-7691924 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 8, 2023 6:44 am

Latest Articles

Skip to toolbar