22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Kedai Anda dan Cafe Anda milik Uncle Kentang tawar harga barang RM1

PUCHONG – Kedai Anda diusahakan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang menawarkan harga RM1 bagi setiap pembelian barangan di kedai tersebut.

Menerusi kemas kini di Facebook Uncle Kentang, Chee Heng berkata, kedai terletak di transit aliran ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong itu akan beroperasi pada Sabtu antara jam 9.30 pagi hingga 1 petang.

Menurutnya, jualan murah barangan terpakai itu sebagai inisiatif membantu golongan memerlukan.

“Orang ramai yang mempunyai barangan terpakai yang tidak lagi mahu digunakan juga dialu-alukan untuk menyumbang kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Antaranya kasut, perabot, televisyen lama, perkakasan rumah dan dapur, peti sejuk, alat permainan, kereta sorong bayi dan lain-lain,” katanya menerusi kemaskini di Facebook pada Isnin.

Katanya, Kedai Anda juga turut menerima sumbangan berbentuk makanan seperti beras, minyak, gula dan biskut yang boleh membantu keluarga miskin.

“Pemberian yang sedikit ini tidak akan membuatkan anda miskin sebaliknya bertambah kaya.

“Mereka yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi Albert di talian 011-6512 1288 atau Martin 03-8065 6666,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 7:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar