22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Kali pertama sambut Aidilfitri, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000!

BUDAYA pemberian wang ketika sambutan hari raya atau dikenali sebagai duit raya menjadi sebahagian daripada kebiasaan masyarakat kita.

Kanak-kanak adalah golongan yang bertuah kerana menerima duit raya.

Anak kepada selebriti, Neelofa iaitu Muhammad Bilal tidak terkecuali menerima duit raya.

Namun yang mencuri tumpuan ialah hasil kutipan duit raya Bilal sejak 1 Syawal lalu sudah mencecah RM14,000!

Perkara itu dikongsikan Neelofa menerusi video pada laman sosial TikTok.

Menerusi paparan video berdurasi 20 saat itu, Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz sedang mengira duit raya diterima Bilal.

“Alhamdulillah. Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal.

“Jadi hasil kutipan duit raya pada tahun ini RM14,020. Masya-ALLAH hebat pada kita lagi,” ujar Haris.

Kepingan wang not RM1, RM10, RM20, RM50 dan RM100 diterima Bilal disusun mengikut warna.

Namun apa yang menarik perhatian warganet ialah sekeping wang kertas Dirham iaitu mata wang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

wang Not 1,000 dirham (bersamaan RM1,192) tersebut dilihat terselit antara kepingan wang yang diterima Bilal.

Warganet melahirkan keterujaan melihat wang yang diterima Bilal walaupun baharu kali pertama merayakan Aidilfitri pada usia empat bulan.

Malah, tidak kurang yang berseloroh mengatakan duit raya yang diterima bayi itu lebih banyak daripada wang Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), duit hantaran dan gaji masing-masing.

” Ya ALLAH 14k duit raya dia. Rezeki Bilal.”

“Kaya-kaya saudara Bilal bagi semua note 50, 100 mantap.”

“Itu beza duit raya insan biasa dengan insan yang ada pangkat, darjat dan kedudukan baik-baik. Apa pun tetap besyukur sebab Allah bagi nikmat kita beraya. Rezeki Allah.”

“Dia punya duit raya kalah duit orang yang dapat duit KWSP.”

“Masyallah saya lock Bilal jadi menantu saya nanti.”

“Mana taknya mak dia pun tak berkira bila memberi, so orang pun tak berkira bila memberi dekat Bilal. Rezeki tak salah alamat.”

“Kenapa duit tunjuk.. Tapi Bilal tak tunjuk… Kami nak tengok Bilal la…”

“Lagi banyak daripada hantaran aku wey. Alhamdulillah rezeki Bilal.”

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih hampir 1.3 juta tontonan di laman sosial TikTok.

Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu di sebuah hospital swasta di ibu negara merupakan cahaya mata sulung Neelofa dan Haris.

Sumber : Sinar Plus

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar