22.3 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Kakitangan Prasarana Disiasat Kerana Pukul Orang Awam

Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah menjalankan siasatan susulan sebuah video yang tular di media sosial hari ini, memaparkan lelaki berpakaian seragamnya memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka.

Prasarana menegaskan bahawa ia sudah menjalankan siasatan serta-merta ke atas insiden berkenaan.

“Kami memandang serius dakwaan bahawa si pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai di dalam video berkenaan.

“Dipercayai kejadian berlaku apabila mangsa ditangkap dan dituduh mengambil makanan tanpa membayar di kedai serbaneka itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Prasarana berkata, tingkah laku si pemukul adalah bertentangan dengan kod etika kerja Prasarana.

“Dalam apa jua situasi, sekiranya memerlukan bantuan lanjut, ia sepatutnya dipanjangkan kepada pihak berkuasa.

“Siasatan dalaman sudah dilancarkan dan Prasarana menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian itu supaya menghubungi talian 03-7885 2585, atau emel ke [email protected],” katanya.

Prasarana juga memohon maaf atas kejadian ini dan menjamin tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang di masa hadapan.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 1:51 pm

Latest Articles

Skip to toolbar