23.1 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

Kaki kanak-kanak 11 tahun cedera ibu jari tersepit eskalator

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Alor Setar pada Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.54 petang berhubung kejadian yang berlaku di tingkat dua pusat membeli-belah itu.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Alor Setar telah dihantar ke lokasi.

“Kerja-kerja menyelamat dilakukan oleh anggota BBP Alor Setar bersama pihak penyelenggara pusat membeli-belah ini. Pada jam 3.15 petang, kaki kanak-kanak tersebut telah berjaya dikeluarkan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, rawatan awal diberikan oleh unit khas medik Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa telah dibawa ke Putra Medical Centre (PMC) oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut,” katanya.

Difahamkan mangsa ke pusat membeli-belah seorang diri kerana waris tidak kelihatan sewaktu kemalangan berlaku sehinggalah kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital swasta.

Sumber : Sinar Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter


Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 3, 2022 1:31 am

Latest Articles

Skip to toolbar