22.6 C
Malaysia
Thursday, September 22, 2022

Jururawat dalam NICU ‘berTikTok’ mengandungi latar belakang carut

PETALING JAYA – Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang individu dipercayai jururawat memuat naik sebuah video dengan menggunakan suara latar yang mengandungi bahasa ‘carut’ mengundang perasaan kurang senang orang ramai.

Difahamkan rakaman tersebut diambil di dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dengan memperlihatkan keadaan seorang bayi yang sedang menerima rawatan fototerapi akibat masalah demam kuning.

Kecewa dengan tindakan individu terbabit, seorang penolong pegawai perubatan di sebuah hospital tampil membuat teguran dan berkongsi pendapatnya berhubung kejadian tersebut.

Beliau yang menggunakan akaun @the.dressar menyifatkan tindakan jururawat berkenaan bukan sahaja dianggap biadab, namun ia telah mencemarkan nama baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri.

“Kepada jururawat yang buat dan muat naik video tersebut, tolong buat permohonan maaf dan tolong buat sesuatu yang boleh meredakan kemarahan orang awam.

“Awak dah bagi satu tanggapan buruk dan tak baik terhadap institusi KKM, tindakan awak dah melanggar etika, dengan kapsyen begitu, muzik latar yang tidak sesuai,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya mana-mana individu yang ingin aktif menggunakan aplikasi media sosial, seharusnya memanfaatkannya kepada perkara yang lebih baik.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,327
Total active cases
Updated on September 22, 2022 2:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar