22.3 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Jurugambar bengang kamera ditolak, hentak kepala Peguam

SHAH ALAM – Kekecohan dan pertengkaran berlaku di perkarangan kompleks mahkamah di sini hari ini melibatkan seorang peguam mewakili Samirah Muzaffar dan seorang jurugambar.

Samirah, 47, tertuduh dalam kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 9.05 pagi bersama barisan peguamnya.

Insiden itu berlaku di perkarangan lobi mahkamah dipercayai peguam yang hendak ke bilik bicara mahkamah dihalang jurugambar bertugas.

Pertengkaran dan tolak menolak kemudiannya berlaku antara peguam S.Suresh dengan seorang jurugambar hingga menyebabkan kecederaan ringan di kepala peguam itu.

Sebelum prosiding kes bermula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga mewakili Samirah memohon agar pihak pembelaan diberikan khidmat polis pengiring apabila keluar dari bilik mahkamah.

Ab Karim bagaimanapun berkata ia di luar bidang kuasanya.

Di luar mahkamah Suresh memberitahu media bahawa: “Saya tidak okey (mengenai kecederaan dialami). Saya akan memikirkan mengenainya (untuk membuat laporan polis berkaitan insiden itu).

” Difahamkan jurugambar terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Muhammad Shafee pada sidang media berkata ketika kejadian, seorang jurugambar telah terhentak kameranya ke kepala Suresh hingga meninggalkan kesan dan berdarah.

“Seorang jurugambar sama ada sengaja atau tidak sengaja telah terhentak ke kepala Suresh. Ada dua lubang yang amat jelas, tapi nasib baik dia okey. Oleh sebab itu, saya minta polis pengiring supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, Ab Karim melepas dan membebaskan Samirah dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Nazrin, empat tahun lepas.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga mereka.

Sumber : Bernama

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 11:47 am

Latest Articles

Skip to toolbar