26.2 C
Malaysia
Thursday, October 6, 2022

Jumlah kanak-kanak di Malaysia yang telah terima dos lengkap

Sejumlah 6,129 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telahpun lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam (Sabtu).

Berdasarkan laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,346,625 kanak-kanak atau 38 peratus daripada populasi kanak-kanak, telahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, sejumlah 15,844,706 individu atau 67.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak, 22,954,459 individu or 97.6 peratus daripada populasi dewasa telahpun lengkap vaksinasi mereka, manakala 23,230,239 or 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 ke 17 tahun, sejumlah 2,853,182 individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,478 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 25,702 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 8,752 suntikan pertama, 5,292 suntikan kedua dan 11,658 suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,972,658 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 56 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Perak, Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan kematian tertinggi sebanyak 10 kes diikuti Johor (lapan) dan Kedah (tujuh).

Melaka mencatatkan tiga kes, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing dua kes, manakala Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu, masing-masing satu kes kematian. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,038
Total active cases
Updated on October 6, 2022 2:51 am

Latest Articles

Skip to toolbar