KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, pusat percutian terkenal, Resorts World Genting (RWG) menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk penampilan istimewa super ejen animasi tempatan, Ejen Ali, bermula 21 April lalu hingga 8 Mei ini.
RWG dalam kenyataannya, berkata peminat tegar Ejen Ali dan Ejen Alicia, berpeluang bertemu dan bermesra dengan mereka di Kimhua Atrium mulai 29 April hingga 8 Mei ini, menerusi lima sesi pertemuan setiap hari iaitu setiap jam 11 pagi, 2 petang, 4 petang, 5 petang dan 8 malam.
Tetamu juga berpeluang bergambar secara eksklusif dengan Ejen Ali dan Ejen Alicia dengan pembelian minimum RM200 (dalam satu resit atau maksimum dua resit) di mana-mana kedai di SkyAvenue, Plaza First World, Awana SkyCentral dan kedai terpilih yang mengambil bahagian di RWG (tidak termasuk Genting Highlands Premium Outlets).
“Tetamu perlu mengemukakan bukti pembelian di kaunter informasi di Aras 1, SkyAvenue untuk menyertai acara dan hanya resit asal bertarikh hari sama akan diterima serta terdapat Misi: Ejen Hunt di mana tetamu perlu mencari keempat ejen dari MATA iaitu Ali, Alicia, Iman serta Zass di sekitar Sky Avenue dan meniru gaya mereka sambil mengambil gambar.
“Tetamu perlu menyelesaikan misi dengan berkongsi keempat-empat gambar di media sosial menggunakan tanda pagar #JomRayaBersamaEjenAli serta #ResortsWorldGenting dan menunjukkannya di gerai penebusan di Kimhua Atrium bagi mendapatkan empat lencana butang Ejen Ali edisi terhad sebagai ganjaran berdasarkan siapa cepat dia dapat sementara stok masih ada.
“Pastikan anda melawat Market.zip sebuah pasar kreatif unik yang menawarkan pelbagai perniagaan tempatan seperti hiasan jubin buatan tangan, batu semula jadi, penjagaan badan buatan sendiri dan banyak lagi di Arena Way dari 30 April hingga 8 Mei.
“Tetamu juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan di Bazar Jom Raya RWG di Foyer Pavilion dari 30 April hingga 8 Mei dan bagi mereka yang meminati hidangan ala bufet berpeluang menikmati hidangan di Resorts World Awana yang menawarkan Bufet Jom Makan dari 21 April hingga 1 Mei (tersedia dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam) berharga RM118 bagi dewasa dan RM70 untuk kanak kanak),” katanya.
Selain itu, tetamu juga boleh menyambut kemeriahan perayaan di Resorts World Awana pada 3 dan 4 Mei ini dengan menikmati juadah kegemaran pada harga RM60 dewasa dan RM30 kanak-kanak (dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang) serta RM80 dewasa dan RM40 kanak-kanak (dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam).
“Untuk berbuka puasa, tetamu boleh memilih hidangan Ramadan “Setalam Selera”, yang direka khas oleh cef berbakat RWG dari hanya RM58 setiap set dan hidangan untuk dua orang ini dilengkapi dengan nasi serta 10 hidangan di Medan Selera SkyAvenue dari sekarang hingga 2 Mei (tersedia dari jam 5.30 petang hingga 8.30 malam).
“Jom Makan Street Food di SkyAvenue juga menawarkan set hidangan eksklusif Ramadan merangkumi satu hidangan utama, satu minuman dan satu pencuci mulut dengan harga RM30 dari sekarang hingga 2 Mei (tersedia dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam, pesanan terakhir pada jam 8.30 malam) dan dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit dari 5 hingga 15 Mei (tersedia dari jam 11 pagi hingga 9 malam), anda boleh mendapatkan satu minuman pic mangga Sjora percuma,” katanya.
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter