26.2 C
Malaysia
Thursday, October 6, 2022

Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan

IBARAT kata orang, walaupun jauh di seberang laut atau berbeza umur sekali pun, kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana-mana.

Kisah pasangan pengantin di Indonesia yang melangsungkan perkahwinan dengan penuh meriah baru-baru ini menjadi sensasi di media sosial.

Mana tidaknya, pengantin yang berstatus duda dan berusia 65 tahun tersebut menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis cantik yang berasal dari Desa Tegalagung, Ciberon, Jawa Barat.

Usia pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Via pula dikatakan baru berusia 18 tahun.

Lapor radarcirebon.com, majlis pernikahan dan persandingan pasangan tersebut mendapat perhatian meluas apabila rombongan pengantin lelaki hadir dengan 1,000 pengiring.

Mereka yang datang menaiki pelbagai kenderaan termasuk bas itu menarik perhatian ramai apabila membawa beberapa kejutan.

Antaranya, wang hantaran berjumlah 500 juta rupiah (RM149,964.64) selain hadiah berupa rumah dan kereta mewah.

Tidak cukup dengan itu, pakej menunaikan umrah untuk semua ahli keluarga pengantin perempuan turut ditanggung sepenuhnya. Bertuah badan!

Pengantin lelaki yang dikenali dengan nama H Sondani turut menghadiahkan wang tunai sebagai duit minyak kepada pengiring bermotosikal.

Pasti ramai mahu mengenali lebih lanjut siapa pengantin lelaki dengan lebih dekat.

H Sondani yang berasal dari di Arjawinangun, Kabupaten Ciberon, Jawa Barat itu dikenali sebagai hartawan hartanah.

Padanlah semua hantaran sangat lumayan nilainya!

Menurut portal tersebut, pasangan tersebut dijodohkan selepas masing-masing kehilangan orang tersayang.

Via dikatakan bersetuju dengan pernikahan tersebut bagi membantu keluarganya hidup lebih terjamin selepas ibunya meninggal dunia.

Sesungguhnya, ajal dan pertemuan itu semuanya di tangan ALLAH.

Siapa kita untuk menidakkannya.

Apa pun kita mendoakan supaya hubungan perkahwinan itu kekal hingga ke jannah.

Walaupun beza umur 47 tahun, mana tahu jodoh mereka kuat. Jadi, jangan ada yang cemburu ya?

Nasib setiap orang pastinya berbeza dan semuanya bergantung pada diri untuk mencorakkannya menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Sumber : Sinar Plus

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,038
Total active cases
Updated on October 6, 2022 4:52 am

Latest Articles

Skip to toolbar