23 C
Malaysia
Thursday, May 25, 2023

Jemaah Umrah Meninggal Dunia Setibanya di KLIA

PETALING JAYA: Seorang jemaah wanita yang baharu pulang menunaikan ibadah umrah di Mekah meninggal dunia setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Menurut seorang mutawwif, Zakariya Abd Rasip, memaklumkan jemaah umrah itu rebah dan pengsan selepas keluar daripada pesawat.

Zakariya berkata, mangsa telah dibantu oleh kru kapal dan pasukan perubatan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah jemaah umrah kumpulan dua dari Kota Tinggi, Johor telah kembali ke rahmatullah selepas keluar pintu pesawat.

“Jenazah juga telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA.

“Semoga Allah memuliakan Almarhumah husnul khatimah dan takziah buat seluruh keluarga,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, jenazah jemaah terbabit dihantar ke Hospital Serdang bagi urusan selanjutnya, sementara laporan juga telah dibuat di pejabat imigresen dan Balai Polis KLIA.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 25, 2023 2:11 pm

Latest Articles

Skip to toolbar