21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Jemaah Masjid Di Kanada Diserang Selepas Tarawih, 5 Cedera

Toronto: Lima individu dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Toronto, Kanada pada Sabtu.

Portal Anadolu Agency melaporkan, sumber polis memaklumkan sekumpulan lelaki yang baru selesai solat tarawih diserang secara rambang oleh penembak dari sebuah kenderaan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dalam kejadian di daerah Scarborough itu.

Polis Toronto bagaimanapun masih tiada maklumat tentang jumlah suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Kami tidak dapat menyatakan sama ada mangsa menjadi sasaran kerana kepercayaan agama mereka,” kata jurucakap polis.

Sementara itu, ahli lembaga Persatuan Muslim Scarborough, Nadeem Sheikh berkata dia bimbang dengan kejadian tembakan itu.

Nadeem menggesa pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan menahan pelaku bagi membendung keganasan senjata api di kawasan itu.

Sumber : Harian Metro / Buletin TV3

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar